Laksamana Cheng Ho
Laksamana Cheng Ho sememangnya tidak asing bagi kita. Malangnya, berapa ramai yang sedar tentang tokoh Islam hebat ini? Di luar lingkungan rantau Asia, kisah kehebatan pelayar unggul ini tenggelam berikutan agenda Barat menjaja kehebatan Christopher Columbus atau Ferdinand Magellan. Buktinya, Cheng Ho terlebih dulu membelah samudera luas berdekad-dekad lebih awal awal sebelum dua tokoh pelayar Barat itu memulakan pengembaraan mereka.
Kebanyakan
kapal dibina di Teluk Naga berhampiran Nanjing, dan peninggalannya
masih boleh dilihat sehingga hari ini. Armada pertama Cheng Ho termasuk
27,870 pekerja di atas 317 kapal, termasuk kelasi, kerani, penterjemah,
askar, pakar perubatan dan pakar kaji cuaca. Mereka membawa kuantiti
besar kargo termasuk sutera, emas, perak, peralatan tembaga serta
barangan kapas.
Laksamana Cheng Ho sememangnya tidak asing bagi kita. Malangnya, berapa ramai yang sedar tentang tokoh Islam hebat ini? Di luar lingkungan rantau Asia, kisah kehebatan pelayar unggul ini tenggelam berikutan agenda Barat menjaja kehebatan Christopher Columbus atau Ferdinand Magellan. Buktinya, Cheng Ho terlebih dulu membelah samudera luas berdekad-dekad lebih awal awal sebelum dua tokoh pelayar Barat itu memulakan pengembaraan mereka.

Cheng
Ho atau dieja dan disebut ‘Zheng He’ dalam bahasa Mandarin, adalah
pegawai diraja Dinasti Ming yang beragama Islam itu dan disifatkan
penjelajah China paling popular. Malah, kehebatannya itu turut membantu
mengubah negara Tembok Besar itu sebagai kuasa besar dunia ketika itu.
Sudah pasti, Cheng Ho juga barangkali rakyat China paling dikenali oleh
penduduk Malaysia kerana nama dan pengembaraannya terpahat dalam sejarah
Kesultanan Melaka.
Kisah
kehebatan Cheng Ho yang akhirnya mencatatkan namanya sebagai pelayar
legenda bermula pada 1405 apabila terpilih mengetuai ekspedisi laut
terbesar dalam sejarah ketika itu. Sehingga 28 tahun kemudian, Cheng Ho
mengemudi tujuh kapal melawat hampir 40 negara, dari Asia Tenggara
sehingga ke Afrika dan Arab. Ketika itu, China sudah jauh ke depan
dengan memiliki kapal paling besar di dunia dan pada tahun 1420,
angkatan laut Dinasti Ming sudah pun mengatasi gabungan angkatan laut
Eropah. Sayangnya, kehebatan Cheng Ho jarang sekali dapat meletakkannya
setaraf Columbus walaupun reputasinya jauh mengatasi pengembara Eropah
itu.
Namun,
dunia kini boleh mengenang semula kehebatan Cheng Ho apabila kerajaan
China memutuskan membina semula kapal kayu sama seperti replika yang
pernah digunakan laksamana itu dalam pelayarannya mengelilingi dunia 600
tahun lalu.
Penulis
yang mengikuti lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali
Rustam, ke Nanjing, baru-baru ini, sempat melihat sendiri usaha
mengembalikan semula zaman kegemilangan pelayar agung berkenaan.
Malah,
penubuhan Nanjing Dragon Treasure Boat Development Co Ltd (DTB) itu
menjadi pertaruhan China menghidupkan membina semula kapal yang
dianggarkan menelan kos AS$20 juta (RM64 juta).
Apa
yang menarik, seperti dinyatakan Timbalan Pengurus Besar DTB, T J Jia,
kapal berkenaan dibina menggunakan balak yang diimport dari Sabah kerana
ia jauh lebih berkualiti dan melepasi semua ujian yang diadakan
termasuk kalis air.
“Bukan
sebarangan balak yang diperlukan untuk membina kapal ini. Balak paling
sesuai ialah dari Sabah. Bagi membina asasnya saja kami memilih tiga
batang balak paling teguh daripada lebih 500 batang.
“Selain
batang balak yang lurus, kami juga perlu mencari batang balak yang agak
bengkok untuk membentuk badan kapal kerana usaha membengkokkan balak
yang lurus bukan kerja mudah,” katanya pada sesi taklimat.
Replika
yang dinamakan Kapal Harta Karun Zhenghe itu dilengkapi dua enjin
diesel 600 kuasa kuda dan peralatan pelayaran moden. Panjangnya
berukuran 71.1 meter, 14.5 meter lebar dan kedalaman 5.7 meter, ia
adalah bot pelayaran kayu gaya purba terbesar dunia apabila pembinaannya
siap pada September tahun depan.
Mengambil
kira kedudukan Melaka dalam sejarah pelayaran Cheng Ho, negeri itu akan
menjadi persinggahan pertama kapal berkenaan dalam usaha mengembalikan
semula kegemilangan laksamana itu sebagai pengembara laut terunggul.
Pembinaan
semula Bot Harta Karun Zhenghe akan membangkitkan semula seni reka
kapal laut klasik bagi bot layar kayu yang besar. Ia turut membuka jalan
bagi pertukaran budaya, sejarah, perdagangan, agama dan kajian sains.
Selepas
siap dibina, ia bakal belayar menyusuri ‘Laluan Sutera Laut’ yang
pernah dilalui Cheng Ho untuk membawa tamadun marin China dan
mengukuhkan kesedaran rakyat mengenai maritim.
Namun, paling penting, ia mendedahkan fakta yang disembunyikan oleh Barat mengenai kehebatan pelayar Islam menguasai samudera.
FASIH BERBAHASA ARAB
LAKSAMANA
Cheng Ho, yang namanya terpahat dalam mata pelajaran Sejarah kerana
membuka jalan hubungan diplomatik dua negara, Melaka dan China adalah
seorang pelayar Islam legenda pada kurun ke-15.
Dikenali
sebagai Ma He pada awalnya, beliau dilahirkan pada tahun 1371 dalam
sebuah keluarga Cina Islam etnik Hui yang miskin. Kunjungan bapa dan
datuknya ke Makkah untuk menunaikan haji, amat menyumbang kepada
pendidikan Cheng Ho sejak awal. Beliau membesar dengan fasih bertutur
dalam bahasa Arab selain bahasa ibundanya, serta belajar mengenai dunia
sehingga ke Barat dan geografi serta budayanya.
Bertugas
sebagai pekerja istana ketika berusia 10 tahun, Cheng Ho ditugaskan
menjadi pengiring Duke Yan, yang kemudian dinobatkan sebagai Maharaja
Yong Le yang memerintah dalam Dinasti Ming. Beliau mengiringi Yan dalam
banyak siri kempen ketenteraan yang membawa kejayaan dan memainkan
peranan penting dalam menakluk Nanjing, ibu negara China ketika itu.
Beliau kemudian dianugerahkan pangkat tinggi dalam istana dan diberi
nama keluarga Zheng.
Maharaja
Yong Le berusaha menaikkan imejnya dengan menghantar pegawainya belayar
dan tugas nakhoda pelayaran diserahkan kepada orang kepercayaannya,
Cheng Ho.
Sebuah
kapal besar dengan sembilan tiang layar dan dikemudi 500 anak kapal
pada setiap satunya, memulakan pelayaran pada Julai 1405 iaitu kira-kira
50 tahun sebelum Columbus menemui Amerika Syarikat.
Armada
itu berlayar ke Champa yang berhampiran Vietnam dan selepas melepasi
Laut China Selatan, ia melawat Jawa, Sumatera dan sampai ke Sri Lanka
dengan melepas Selat Melaka.
Dalam
perjalanan pulang, ia belayar di sepanjang pantai barat India dan tiba
pada tahun 1407. Pada musim luruh 1413, Cheng Ho meneruskan pelayaran
dengan 30,000 ahli rombongan ke Arab dalam pelayarannya yang keempat dan
paling penting. Ketibaan armada diketuai Cheng Ho itu mencetuskan
sensasi di rantau berkenaan, dan 19 negara menghantar duta menaiki
kapalnya dengan hadiah untuk Maharaja Yong Le.
Pada
tahun 1417, selepas dua tahun di Nanjing dan melawat bandar raya lain,
pembesar asing itu diiringi pulang oleh Cheng Ho sendiri. Dalam
pelayaran itu, beliau mengunjungi pantai timur Afrika, berhenti di
Mogadishu, Matindi, Mombassa dan Zanzibar serta berkemungkinan besar
sampai ke Mozambique.
Maharaja
Yong Le meninggal dunia pada tahun 1424 sejurus selepas Cheng Ho
kembali daripada pelayarannya yang keenam. Pada tahun 1430, beliau masih
lagi dipercayai untuk mengetuai armada untuk kali ketujuh yang juga
terakhir. Pada usia 60 tahun, Cheng Ho melawat semula Teluk Parsi, Laut
Merah dan Afrika. Beliau meninggal dunia di India dalam perjalanan
pulang pada tahun 1433.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Haa, tu baru sikit tentang Cheng Ho. Kalau nak tahu apa yang lebih
menarik tentang laksamana ni, kena rajin-rajin la cari buku tentang ni
=)

Alhamdulillah,
dah beberapa kali khatam buku ni, beli tahun lepas. Teruja nak tahu
lebih tentang tokoh Islam, armanda lautan barat ni. BB1M dah dapat,
hajat dihati nak cari lagi buku-buku tentang Cheng Ho, nak contohi
strategi kepimpinan beliau. Semoga dipermudahkan urusan. Amin...
Sumber: http://travelognursyurga.blogspot.com/2013/03/laksamana-cheng-ho.html
Posting Komentar